Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts

Sunday, 30 April 2017

RAHSIA ZIZAN PUTIH GEBU KATANYA SEKARANG NI

Masa Shaklee Convention, ramai tak tahu, Zizan adalah misteri peserta undangan yang di rahsiakan, khas untuk yang hadir SC tahun nih. Hahahha, lawak punya zizan, semuanya isu bekas bekas awek dia, tapi dalam banyak cerita tuh, dia pesan suruh buat 3S, dan paling cool dia suka sangat vitamin C Shaklee. Hhahaa, katanya muka dia makin cantik putih, tapi dia pesan kalau makan banyak sangat nanti keputihan pulak. Hahahha. lawak merapu tuh tak tahan.


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Anda boleh terus klik ke link diatas untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Sunday, 9 October 2016

MAKAN SUPPLEMENT TAPI TAK CANTIK CANTIK JUGA?

CANTIK RESULT PALING LAST

Bila ku dengar ramai makan vitamin itu dan ini, ada yang kata terus cantik, dua hari dah cantik, 3 hari, memang sekarang ni semua nak putih gebu menawan, cepat gila, dan paling gila mengaku sebagai pakar kulit, bukan pakar cantik. Memang power sangat tuh sampai dah jadi pakar kulit, maknanya semua jenis kulit dia tahu. Hebat nih.


kulit tak cantik

KEPENTINGAN VITAMIN C

Memang tak dinafikan, bila makan vitamin, bukan sekadar cantik. Ye, bukan, dan paling penting, CANTIK datang last sekali. Kenapa jadi macam tuh ? Sebab apapun vitamin yang kita ambil, kena ingat, ada beberapa sel yang sangat perlukan vitamin tuh dulu. Oh bajet, nak muka cantik, ambil vitamin C banyak-banyak sebab katanya vitamin C ni membantu pembentukan kolagen. Ok betul, tapi bayangkan, badan kau tengah lemah, antibodi tengah sakit, masih ada luka itu ini. Memang amazing, badan kau akan guna vitamin C tuh untuk rawat benda-benda nih dulu. Hhahaa, lepas tuh kau akan rasa lebih sihat dari yang biasa. Ingat point nih, #cantikbermuladaridalam .


FUNGSI PROTEIN

Sama jugalah dengan protein. Nak cantik tuh, bukan terus cantik. Sel-sel kita tuh dia akan rawat dulu mana yang rosak. Lagi-lagi kulit berparut semua. Ada juga badan kita jadi lemah, dia bagi badan kita kuat dulu. Biasalah, ini semua kerja protein, dia rawat yang rosak dulu. Nanti dari dalam, badan kau akan mula rasa cergas, lepas makin cergas, badan kau makin lama makin cantik, lepas tuh tetiba kalau jaga makan sikit, dah mula berotot, dan perlahan-lahan berat badan makin turun. Nak dapatkan kesan nya, kenalah pilih #proteinterbaik , tak boleh bedal sumber protein , yang mungkin dah hilang zat protein.


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Friday, 26 August 2016

RAHSIA ARWAH PAK AJIS SATAR SIHAT SELALU

Pada tahun 2011, semasa ini saya sedang lanjutkan pelajaran phd, kakak saya Raihani Mohd.Saaid sedang menjalankan kajian mengenai feminism dalam filem P Ramlee. Jika kita nak kenal P. Ramlee, kita mesti tanya orang yang paling rapat dengan dia, dan orang itu tak lain dan tak bukan ialah arwah Dato Aziz Satar.


vitamin kekal aktif

Jangan Tidur Siang

Pada suatu petang, berarak mendung kelabu, awan mula menghitam, dijangka Pak Aziz akan datang ke rumah Mohamed Saaid Abdul Manap. Pak Aziz bawak kereta sendiri, kereta Proton Saga. Memang kelihatan sihat, bila ditanya masa bergambar ni,umur dia 86 tahun. Steady je, itu semua belum kesihatan dia bertambah teruk.

Pak Aziz kata kalau nak sihat, kenalah jaga makan, tapi ada satu tips best Pak Aziz ialah Jangan Baring waktu siang, Hhahaha, ini dia kata petua orang lama, dan juga beberapa ulama bagi tips ni pada dia. Kalau nak tidur pun, silalah duduk, tapi jangan berbaring waktu siang.

Vitamin Untuk Kembali Aktif

Tapi bila fikir nak aktif balik, badan ni dah tua sangat, ni baru umur 32, bayangkanlah dah tua nanti nak kembali aktif, boleh angkat anak cucu. Nak makan apa ? Kalau nak difikirkan kenalah jaga makan, eat clean, tapi kalau nak terbaik jugak mungkin korang boleh consider makan vitamin kat bawah nih:

  1. OsteMatrix - biasalah bila dah tua tulang mula mereput, jawabnya kena ambil ostematrix, perlahan-lah an kuatkan tulang kembali, dan sikit-sikit kurangkan bongkok tuh
  2. Vitamin C - yang ni pulak untuk membina kesihatan antibodi supaya cergas dan kurang demam. Memang best, sebab orang tua biasalah, kena jaga, demam sikit nanti penat.
  3. Omega Guard - kehebatan fish oil shaklee nih memang best, 90% omega 3 dalam 1000mg fish oil, ianya bagus untuk kurangkan kolesterol, pernafasan, antibodi, dan pernafasan. biasalah kan, sebab nak berlari tak pun berjalan jauh, kang semput pulak, jadi nak kurangkan semput naik tangga ke naik bukit ke, kenalah makan omega guard shaklee.
  4. Alfalfa Complex - yang ni pun bagus untuk detox, nak menten sihat, nak bagi khasiat sayuran, kalau kurang makan sayur, ambil alfalfa complex. Jawabnya kenalah ambil bagi badan rasa ringan.
  5. VIVIX - yang ni paling de best, kita rawat balik sel sel yang dah mula tua dan rosak, barulah kita akan rasa sihat dan bertenaga. Campuran anggur muscadine dan beberapa tumbuhan yang lain, menghasilkan vivix yang 13 kali lebih power dari resveratrol biasa. Kalau cerita bab resveratrol nih, panjang pulak, jadi macam karangan sekolah menangah.

Pesan saya, jangan tunggu dah tua baru nak makan Shaklee, dah tua nanti, nak aktif balik, memang ambil masa, tapi kalau dah jaga kesihatan dari sekarang, insyaallah time tua takdalah penat sangat. Ajal maut di tangan Allah. mati itu pasti, tapi badan ni amanah Allah, so jaga elok elok. 




Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Monday, 4 July 2016

TAK ADA LAGI SEMUT-SEMUT KAKI DAN SEMBELIT

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 6: SITI ROZITA OTHMAN
.



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya sangat berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya berpantang dan hamil dengan Vitamin Shaklee. Nama saya Siti Rozita Binti Othman, seorang surirumah sepenuh masa, mempunyai 5 orang cahayamata dan mula mengenal Shaklee ketika berpantang puteri saya yang no 3 , pada March 2011. Alhamdulillah, sudah 5 tahun saya makan Vitamin Shaklee.
.
Sejak saya disahkan hamil, saya sudah berniat untuk menyusukan bayi saya kerana kedua kakaknya tidak dapat menyusu ibu sepenuhnya, Alhamdulillah sejak makan Vitamin Shaklee saya boleh menyusukan Damia lebih lama dan badan tidak mudah penat dan juga cepat bertenaga.
.
Vitamin yang saya makan adalah susu soya ESP, Vitamin C, Vitalea, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Dan antara yang paling saya suka adalah Ostematrix kerana dahulu saya mempunyai masalah kaki selalu krem dan tangan semut-semut sudah beransur baik dan juga masalah sembelit ketika dalam pantang, tiada lagi.
.
Saya terus mengamalkan Vitamin Shaklee ketika hamilkan anak ke 4 dan yang ke 5. Sewaktu kehamilan masalah saya, akan ada darah tinggi dan rahim tak berapa kuat. Jadi bayi saya akan lahir awal. Kerana faktor ini juga saya harus berjaga-jaga sejak kandungan usia 6 bulan.
.
Vitamin E saya akan makan selang sehari untuk kuatkan rahim selain Set Hamil Shaklee yang saya makan iaitu ESP, Vitalea, Vitamin C , B Complex, Ostematrix, Zinc dan Omega.
.
Syukur alhamdulillah, anak ke 4 (Damia Husna 3 tahun) dan ke 5 (Damia Huzaifah 1 tahun) capai 32 minggu. Doktor dan nurse puji uri saya sihat dan cantik, katanya kenyang anak saya dalam perut.
.
Saya bersyukur sangat dapat mengenal Vitamin Shaklee dalam tempoh saya berpantang , juga kehamilan untuk 3 anak saya ini. untuk Kaklong Aliah Maisarah dan Kakngah Aliah Yusairah juga sudah mula makan vitamin untuk pelajar dan anak remaja, seperti ESP, Lecithin, B Complex, Omega dan Vitamin C.
.
Seronok bila seisi keluarga sudah makan Vitamin Shaklee. ke arah kehidupan yang lebih sihat.
.
Sekian perkongsian saya.
Terima kasih 

Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Sunday, 3 July 2016

PARUT HIDUP (KELOID) CEASER HILANG SECARA SEMULAJADI

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 5: ZAINORA YAHAYA



PARUT HIDUP (KELOID) CEASER HILANG SECARA SEMULAJADI SEJAK AMALKAN SET KULIT SHAKLEE'

.

Keloid?

Siapa pernah alami? Saya pernah mengalami keloid kronik di bahagian ceaser selepas lahir anak pertama.

.

Masalah keloid tidak semua orang akan alami jika mengalami luka sehingga menyebabkan parut atau keloid yang boleh meninggal parut yg semakin besar dari hari ke hari. Antara punca berlakunya keloid ini adalah disebabkan oleh faktor pemakanan, hormon dan genetik seseorang itu.

.

Saya pernah alami keloid yang hodoh & menyeksakan. Ia bukan sekadar keloid biasa, ia merupakan parut yang hidup di bahagian ceaser selepas lahirkan anak pertama saya. Semasa anak pertama saya masih tidak kenal Shaklee ini, memang saya tak terfikir supplement boleh bantu mencegah keloid daripada terus membesar.

.

Masalah keloid ini terjadi apabila sel yang bertanggungjawab untuk menyembuh luka mengalami proses penyembuhan yang tidak teratur, turut membesarkan dan menggandakan sel untuk mengisi ruang antara luka sehingga menjadi lebih besar daripada parut itu sendiri.

.

Untuk lebih mudah difahami, keloid terjadi kerana sel badan tidak mengesan yang luka itu telah sembuh, jadi ia terus membaiki kawasan luka tersebut sehingga menyebabkan parut menjadi semakin besar (keloid).

.

Selepas ceaser anak pertama keloid membesar memang tak selesa sangat, ia rasa gatal bila berpeluh, gatalnya Allah je lah tau.. memang tak selesa & pedih bila bergesel dengan seluar, lagi-lagi seluar berzip.

.

Pernah jumpa dokter untuk rawat keloid ini. Dokter suggest ambil suntikan steriod bagi mengecutkan keloid, seramnya bila dokter cakap suntikan steriod tu kena cucuk di sekeliling keloid & perlu cucuk seminggu sekali.

.

Allahukabar seram, memang tak jadi lah saya nk buat. So saya biarkan saja keloid tu & redha dengan ketidakselesaan keloid itu.

.

Alhamdulillah saya lahir anak kedua dokter buang parut keloid yg besar tu. Ketika itu saya bimbang kalau keloid kembali lagi. Sejak lahir anak kedua saya ambil SET KULIT Shaklee antaranya ialah Vitamin C, B Complex, GLA Complex & ESP, syukur masalah keloid tiada lagi sehingga lah saya lahir anak ke-3, keloid tiada lagi tubuh di bahagian ceaser saya. Sekarang saya gembira sangat.

.

Saya sedar ketidakstabilan sel-sel hormon dalam badan kita boleh menyebabkan proses penyembuhan pada bahagian luka tidak sempurna. Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengempiskan keloid dan mencerahkan kulit lagi-lagi bahagian keloid.

.

Kesimpulannya jika anda mengalami keloid kronik seperti saya, jangan biarkan ketidakselesaan menganggu aktiviti harian anda. Setiap masalah ada penyelesaian, begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, antara kita saja mahu merawatnya dengan konsisten atau biarkan sahaja.



Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Saturday, 2 July 2016

SEKARANG JOGGING DAH MCM XPERNAH ADA MASALAH SAKIT LUTUT DAH


APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 4: MUZIE SHAM
.


OBESITY TO QUALITY
.

Berusia 37 tahun pada 2015, dengan ketinggian fizikal 169cm dan berat 90kg adalah yang tidak ideal bagi seorang lelaki pada diri aku. Sejak dari itu, aku berazam untuk mengubah nasib diri untuk mencapai berat yang ideal dan hidup berkualiti di samping seorang isteri,Nor Hafiza dan 2 orang anak yang berumur 8 & 9 tahun.
.

Pada tarikh 19/4/2015, adalah aktiviti pertama aku dalam permulaan misi menurutkan badan dan hidup berkualiti. Selepas mendapat dorongan dari isteri dan rakan-rakan, aku bertekad untuk mula berjogging di taman rekreasi KLCC ditemani oleh isteri dan anak-anak..
.

Permulaan yang agak mengecewakan, terasa sakit di lutut dan hampir-hampir membuatkan aku berputus asa. Ini mungkin kerana teknik larian aku salah dan juga ‘joint knee’ tidak kuat untuk menampung beban badan. Aku terus mencari punca dan penyelesaiannya. Mujur hasrat dan niat ku ini dibekalkan atas sokongan isteri dan rakan-rakan.
.

Isteri memainkan peranan agak penting juga dengan menggalakkan aku untuk mengambil makanan tambahan (supplements) yang selama ini tidak pernah aku ambil selain ubat doktor…hahaha!
.

Isteri sememangnya pengikut tegar produk Shaklee, dia galakkan aku mengambil Shaklee Vita-C Plus sebagai suplemen harian aku. Sejak dari itu aku menjadi pengguna tegar Shaklee Vita-C. Aktiviti larian dan proses penurunan berat badan secara penjagaan pemakanan yang betul (cut carbo-nasi) tetap diteruskan dan hasilnya berat aku menurun kepada angka 70kg dengan ukuran pinggang 32" daripada 38" pada November 2015.

Syukur Alhamdulillah.
.

Sejak dari itu, aku tidak menoleh ke belakang, aku teruskan juga aktiviti larian aku dan bohong jika aku katakan ‘joint knee’ aku nie betul-betul memberi kerjasama, kekadang tu ada juga terasa sakitnya.
.

Alhamdulillah pada Februari 2016, sepupu kepada isteri aku Azlinda memperkenalkan pula produk Shaklee Omega Guard yang sedikit sebanyak boleh membantu ‘joint knee’ aku ini untuk menjadi lebih kuat dan juga penjagaan jantung.
.

Alhamdulillah terasa perbezaannya dan pada tarikh 10 April 2016, adalah bukti pada diri aku yang aku berjaya mengharungi larian sejauh 70KM dalam masa 11jam30min.
.

Sehingga kini, Shaklee Vita-C dan Omega Guard menjadi makanan ruji harian pagi dan malam aku. Terima kasih SHAKLEE.



Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Friday, 1 July 2016

SET AJAIB NI MENGENYANGKAN DAN TAK ADA MASALAH SEMBELIT LAGI

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 3: ANA LIYANA
.


SET BERPANTANG APA YANG PALING BEST? SEMESTINYA SET BERPANTANG SHAKLEE 
.

Dari awal mengandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani dan Zara dulu, saya guna set pantang Cap Menara je.. Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je saya berupaya menelannya.. sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...
.

Sebenarnya, masa saya habis berurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi saya bagitau la, dah beli dah.. hihi...
.

Saya memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi saya dah kumpul, sebulan beli satu2...
.

Bangun pagi2 telan Zinc Complex dulu masa perut tengah kosong lagi. Sejam atau setengah jam kemudian baru saya breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebiji- sebiji... setle. Pukul 12 tengahari lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa. Alfafa masa tu tak berani lagi saya nak makan 2-3 bijik. Sebabnya, Si Baby Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2.
.

Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je. Sudahnya breast saya membengkak. Alamat kalau breast bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. Cepat2 telan panadol. Nutriferon plak belum sampai masa tu. T_T .

Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, saya makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi. Hehe...
.

Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu. Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang. Tak caya? cuba try.  Kul 7 malam cam tu la. Selang 2 jam baru saya makan Ostematrix 4 biji sebelum tido.
.

Dah habis berpantang pun. Hasilnyaaaaa.. Memang wow lah! Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.
.
.

1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Tq Zinc Complex.
.

2. Badan tak penat. Seriously, saya tak stress langsung berpantang kali ni. Stress sebab anak2 bergaduh ada. Hahahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex. 
.

3. Baby alhamdulillah, malam2 tak meragam. Lena betul dia tido. Malam-malam sekali dua je bangun untuk menyusu dan baby poopoo. Ibu saya pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2. Compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh.. letih bdn asyik bangun tgh malam. Bila badan penat, mula la rasa nak emo satu badan kan. Means, baby kenyang menyusu... saya makan vitamin dan khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum.
.

4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu masa dulu-dulu pantang Dani dan Zara, Pantang Iman hari-hari saya membuang dgn senang hati. Tq Ostematrix!
.

5. Tiada bengkak susu. Susu badan Alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la. Flow susu tu laju. TQ Lecithin n Alfafa ♡♡
.

6. 3,4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... takkan tak pantang, badan nak pakai lama kot..  Badan rasa sihat kuat dan cergas dan kulit muka tak kusam. Vit C punya penangan...
.

7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun tak percaya yg saya makan nasi sekali je sehari.. hehehe... Betul la.. so ini akan jadikkan asbab berat badan saya menurun..
.

8. Tiada keguguran rambut. En.suami pelik, hairan dia dah lama tak nampak rambut bertaburan kat dalam bilik. Hahaha… Ni Zinc complex punya kerja.
.

9. Kesan ni yang saya dapat bila saya amalkan makan Set Berpantang Shaklee tanpa prejudis. Konsisten hari-hari... best betul..


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Thursday, 30 June 2016

SEMBELIT SEMASA PANTANG MEMANG CARI NAHAS



APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 2: NAJIHAH RAZALI
.


"ANAK KITA AQEEF SORANG JE LA YANG"
.

Masih ingat lagi kata-kata suami saya bila dia tengok saya sengsara akibat sembelit yang sangat teruk semasa pantang kan anak pertama kami, Aqeef Danial 6 tahun yang lepas.
.

Tapi tu lah, orang perempuan ni, teruk macammana pun pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang, tak serik lagi nak baby lagi kan.
.

Teruk pengalaman sembelit saya. Lebih-lebih lagi suami tiada di sisi sebab saya berpantang di rumah mak kan. Bila rasa nak membuang tu datang, menangis-nangis saya menahan sakit. Gesa tu semacam gesa contraction. Nak sangat keluar tapi sakit sangat di bahagian dubur jadi saya tahan dari keluar.
.

Agak pelik juga sebab saya kena sembelit setelah 3 minggu berpantang. Saya minum air banyak dan makan oren sunkist dari awal berpantang seperti yang dicadangkan oleh nurse KK, tapi saya masih lagi kena sembelit.
.

Saya pergi ke klinik swasta dan doktor beri gel kebas dan ubat pelawas. Sapu dahulu di bahagian dubur sebelum nak membuang. Lega sikit sebab tak rasa sakit luka di bahagian tu, tapi tetap penuh penyeksaan nak mengeluarkan najis yang sudah mengeras tu.
.

Tak serik nak baby. Berpantang anak kedua saya ambil Set Postnatal Shaklee. Saya memang sudah mulakan dengan Set Prenatal semasa mengandung anak kedua ni.
.

Alhamdulilah bila tahu Ostematrix dalam Set Postnatal tu boleh membantu mengatasi masalah sembelit, malam pertama selepas bersalin tu je, terus saya makan 4 biji Ostematrix. Esok bangun pagi sangat lawas. Takde rasa seriau pun nak membuang walaupun baru je lepas bersalin.
.

Sepanjang pantang sehingga selepas pantang pun saya terus amalkan makan vitamin Shaklee. Alhamdulilah memang tiada masalah sembelit. Anak kedua dan ketiga, mereka memang Baby Shaklee saya.


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Wednesday, 29 June 2016

KULIT SENSITIF TEMPAT JERAWAT MEMBIAK KINI DAH KEMBALI LICIN


APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 1: ASMIDA FAZELI
.
BEBAS DARI MASALAH JERAWAT DAN MASALAH KESIHATAN
.



Assalammualaikum...

Hai nama saya Asmida, saya berumur 30 tahun, anak pertama dari lima orang adik beradik. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di Alor Setar Kedah.
.

OK dipendekkan citer, pada umur 30 tahun ini saya enjoy dengan
kesihatan optima hasil istiqamah dengan suplement semulajadi
Shaklee. Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun saya mengamalkan vitamin Shaklee. Alhamdullilah memang tak pernah ke klinik atau hospital, farmasi jauh sekali.
.

Alhamdullilah dengan kesihatan yang Allah berikan, setakat hari ini
saya tiada masaalah kesihatan dalaman yang terok, selain masalah luaran iaitu masalah JERAWAT yang banyak di muka.
.

Saya memang bukan jenis suka mengunakan produk kecantikan atau krim-krim yang banyak dijual dipasaran sebab saya takot kulit muka semakin teruk. Saya cuma menggunakan pencuci sabun susu kambing untuk membersihkan muka dan compact powder jer bila kuar rumah.
.

Saya terjebak dengan vitamin Shaklee nie kerana saya selalu google tentang jerawat, banyak mengatakan sekiranya jerawat banyak ni badan kita banyak toksin dan perlu detoks. Detoks ada banyak jenis jadi saya memilih untuk detoks dengan vitamin sebab berbentuk tablets dan mudah untuk ditelan, jadi saya memilih vitamin shaklee untuk buang toksin dalam badan.
.

Sejak dari itu saya mengambil vitamin ALFALFA, VIVIX, VITAMIN C, GLA COMPLEX, GARLIC COMPLEX secara konsistent, bersama 3 liter air putih. Saya mengambil 10 biji Alfalfa, 6 biji Vitamin C, 2 biji GLA Complex dan 1 sudu tea Vivix dalam sehari.
.

Selepas 2 minggu pengambilan ia memang memberi kesan yang menakjubkan, jerawat berkurangan dan paling best dapat bonus lain iaitu badan semakin bertenaga, ringan tidak merasa letih dan paling best period teratur serta keputihan tiada.
.

Saya amat berpuas hati dengan kesan pengambilan vitamin dari Shaklee. Sehingga sekarang saya masih mengamalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan yang berpanjangan. Vitamin ni bila sakit pun boleh diambil. Vitamin ni bukan ubat, ubat kita makan apabila sudah atau semasa sakit, tetapi vitamin perlu dan lebih baik diambil sebelum jatuh sakit.
.

Walaupun saya tiada sakit yang terok tapi saya perlu pelihara
kesihatan sebagai pencegahan supaya tidak sakit, Sebab bila dah sakit kita terpaksa bergantung dengan ubat. Bagi saya melabur untuk vitamin adalah lebih baik dari terpaksa melabur untuk menanggung kos hospital dan ubatan.
.

Alhamdulillah.. Yeahhhhhhhh sekarang saya bebas dari semua masalah kesihatan.

Sekian Terima kasih.

Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju



Monday, 27 June 2016

RESDUNG MEMBAWA MAUT, PERLU DIRAWAT SEGERA

Korang pernah tak pagi pagi bersin tak berhenti henti. Hidung berair je. Bila salah makan belacan ke adoi dia punya gatal la hidung. Sampai mata berair air. 

Itu salah satu tanda tanda kita ada resdung.




APA ITU RESDUNG?






Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 


RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya.Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!


Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.


Diantara tanda-tanda resdung ialah 


  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
  • Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan). 

Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. 


Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


Rawatan Resdung


Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. 

So, lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar. 



Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.


Jom baca kisah wanita yang menderita resdung sehingga muka kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat




Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua .
.
Sharing dari hati ....
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi




Set Resdung Shaklee Yang Membantu Penyakit Resdung


Alfalfa Complex



  1. Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  2. Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  3. Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.


B Complex

  1. Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  2. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  3. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C

  1. Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  2. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  3. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. 

Tahukah anda !!penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Google+ Followers

Cuci Mata