Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts

Thursday, 6 October 2016

TIPS MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK

Saya ingat lagi tahun lepas, Ainul Fadzilah Mustafa ada ujian untuk meluluskan beliau sebagai certified product trainer. Ye ujian ni dilakukan untuk melayakkan Ainul lulus dan boleh dapat sijil tersebut. Jadi salah satu tugas penting ialah membuat pembentangan produk kepada pakar nutrisi yang ada. Selama 3 minit, boleh tak kita bercakap tentang sesuatu produk.

perbandingan minyak ikan terbaik

KELEBIHAN MINYAK IKAN

Saya masih ingat lagi, masa tuh maryam pun tak sampai setahun lagi, jadi sebab saya nak hantar wife saya ke Hotel Subang tuh, kami sempat berbincang, macam mana nak buat yang terbaik, apa kelebihan minyak ikan itu dan ini. Sampai satu masa saya belek nota yang ada, saya terperasan satu data yang menarik, perbandingan minyak ikan yang ada dipasaran. Oh macam mana nak cakap, takkan nak cakap satu-satu, kalau kita baca satu-satu, tentu sekali takyah buat pembentangan, baik suruh penilai tuh baca je apa yang ada kat depan.

KANDUNGAN OMEGA-3

Oh tetiba saya tertengok, dan cuba fahamkan, oh rupanya, minyak ikan dan omega 3 ni ada beza rupanya. Sebenarnya nak ukur kualiti minyak ikan terbaik ialah dengan formula peratusan omega-3 dalam minyak ikan tersebut. Tengok gambar di bawah, siap dengan pengiraan berapa banyak sebenarnya omega-3 yang ada dalam minyak ikan tersebut. Omega 3 ni adalah gabungan EPA dan DHA tersebut. Itulah kandungan sebenar yang berguna kepada kita. Jadi nak mudahkan anda nak tahu, anda boleh buat pengiraan yang mudah.

% Omega 3 = 100% x(EPA+DHA)/(JUMLAH MINYAK IKAN)

Nampak tak formula nih sangat berguna kepada saya. Ada dua kes yang membuatkan saya begitu yakin dengan ilmu ini. Pada satu malam, bila saya nak temankan wife nak cod herbal blend kepada pasangan petronas, saya teruja sebab husband dia nih jaga kesihatan. Jadi saya ni suka kongsi ilmu, saya ambil minyak ikan dia, dan ajar dia buat perkiraan, dan cuba bandingkan dengan produk lain. Alhamdulillah dia pun seronok dengan ilmu baru itu.

omega guard shaklee kuruskan badan

BONUS : OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee terdiri daripada asid lemak Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’. Selain itu, omega-3 juga mengurangkan kadar lemak trigliserida dan meningkatkankadar HDL (kolesterol baik) di dalam badan. Kelebihan Omega-3 yang terkandung dalam omega guard shaklee ialah: 

  1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan asthma atau lelah
  13. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  14. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  17. Mencegah penyakit gout
  18. Mengurangkan bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
  19. Memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi

Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Friday, 26 August 2016

RAHSIA ARWAH PAK AJIS SATAR SIHAT SELALU

Pada tahun 2011, semasa ini saya sedang lanjutkan pelajaran phd, kakak saya Raihani Mohd.Saaid sedang menjalankan kajian mengenai feminism dalam filem P Ramlee. Jika kita nak kenal P. Ramlee, kita mesti tanya orang yang paling rapat dengan dia, dan orang itu tak lain dan tak bukan ialah arwah Dato Aziz Satar.


vitamin kekal aktif

Jangan Tidur Siang

Pada suatu petang, berarak mendung kelabu, awan mula menghitam, dijangka Pak Aziz akan datang ke rumah Mohamed Saaid Abdul Manap. Pak Aziz bawak kereta sendiri, kereta Proton Saga. Memang kelihatan sihat, bila ditanya masa bergambar ni,umur dia 86 tahun. Steady je, itu semua belum kesihatan dia bertambah teruk.

Pak Aziz kata kalau nak sihat, kenalah jaga makan, tapi ada satu tips best Pak Aziz ialah Jangan Baring waktu siang, Hhahaha, ini dia kata petua orang lama, dan juga beberapa ulama bagi tips ni pada dia. Kalau nak tidur pun, silalah duduk, tapi jangan berbaring waktu siang.

Vitamin Untuk Kembali Aktif

Tapi bila fikir nak aktif balik, badan ni dah tua sangat, ni baru umur 32, bayangkanlah dah tua nanti nak kembali aktif, boleh angkat anak cucu. Nak makan apa ? Kalau nak difikirkan kenalah jaga makan, eat clean, tapi kalau nak terbaik jugak mungkin korang boleh consider makan vitamin kat bawah nih:

  1. OsteMatrix - biasalah bila dah tua tulang mula mereput, jawabnya kena ambil ostematrix, perlahan-lah an kuatkan tulang kembali, dan sikit-sikit kurangkan bongkok tuh
  2. Vitamin C - yang ni pulak untuk membina kesihatan antibodi supaya cergas dan kurang demam. Memang best, sebab orang tua biasalah, kena jaga, demam sikit nanti penat.
  3. Omega Guard - kehebatan fish oil shaklee nih memang best, 90% omega 3 dalam 1000mg fish oil, ianya bagus untuk kurangkan kolesterol, pernafasan, antibodi, dan pernafasan. biasalah kan, sebab nak berlari tak pun berjalan jauh, kang semput pulak, jadi nak kurangkan semput naik tangga ke naik bukit ke, kenalah makan omega guard shaklee.
  4. Alfalfa Complex - yang ni pun bagus untuk detox, nak menten sihat, nak bagi khasiat sayuran, kalau kurang makan sayur, ambil alfalfa complex. Jawabnya kenalah ambil bagi badan rasa ringan.
  5. VIVIX - yang ni paling de best, kita rawat balik sel sel yang dah mula tua dan rosak, barulah kita akan rasa sihat dan bertenaga. Campuran anggur muscadine dan beberapa tumbuhan yang lain, menghasilkan vivix yang 13 kali lebih power dari resveratrol biasa. Kalau cerita bab resveratrol nih, panjang pulak, jadi macam karangan sekolah menangah.

Pesan saya, jangan tunggu dah tua baru nak makan Shaklee, dah tua nanti, nak aktif balik, memang ambil masa, tapi kalau dah jaga kesihatan dari sekarang, insyaallah time tua takdalah penat sangat. Ajal maut di tangan Allah. mati itu pasti, tapi badan ni amanah Allah, so jaga elok elok. 




Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Sunday, 21 August 2016

TANPA SENAMAN PUN BOLEH KURUS TAU, NI CARA NYA...

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. 

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. 

Lemak visceral pada perut buncit

Lemak dalam tubuh ada 2 jenis  lemak subkutan yaitu lemak yang berada dibawah kulit dan lemak visceral disebut juga lemak intra abdomen, lemak yang tertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital, termasuk di dalam perut buncit Anda. Lemak ini akan metabolisme di hati yang kemudian akan diubah menjadi kolesterol darah, sehingga sangat berbahaya bagi kesihatan Anda.



3 Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat Tanpa Senaman

1. Lecithin


1. Pemecahan Lemak Dan Kolesterol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.


2. Pelangsingan – Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

3. Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.


2. Omega Guard


Omega Guard merupakan asid lemak Omega 3 termasuk asid lemak tak tepu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi yang boleh merendahkan lemak dalam darah, mengawal obesiti dan mengawal kolesterol LDL. Ia melicinkan aliran darah dan mengelakkan pembekuan dalam salur darah.

Ia secara semulajadi bertindak sebagai lemak baik (HDL) yang akan mengikis & mengangkut lemak-lemak jahat (LDL) dan membawanya pergi untuk disingkirkan.

Asid lemak Omega 3 juga bertindak mencetuskan hormon leptin iaitu hormon yang berkaitan dengan selera makan. Semakin tinggi hormon leptin, selera makan semakin berkurang. Ini boleh membantu mengurangkan nafsu makan yang berlebihan.

Omega 3 juga membantu meminimakan lemak yang diambil daripada disimpan menjadi lemak. Ini kerana Omega 3 turut merangsang tahap sensitiviti insulin dalam darah kita. Lebih sensitif sel-sel tubuh kita terhadap insulin, lebih sukar untuk lemak-lemak yang dimakan disimpan.



3. Herb Lax



Apa sumbangan penting setiap bahan ini dalam usaha untuk kempiskan perut kita?

Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.

Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfalfa leaves
 – Membersihkan usus, darah dan hati.

Apa lagi keistimewaan Herb-Lax ni selain daripada mengempiskan perut?

i. Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
ii. Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
iii. Membantu masalah sembelit
v. Melawaskan pembuangan air besar.

Kalau anda serius nak kempiskan perut supaya tidak lagi dilabel ibu mengandung, saya akan berikan cara yang tepat untuk memastikan perut anda kempis semula, di samping senaman sit up setiap hari.


Betul ke 3 Cara ini Berkesan?













Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Saturday, 2 July 2016

SEKARANG JOGGING DAH MCM XPERNAH ADA MASALAH SAKIT LUTUT DAH


APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 4: MUZIE SHAM
.


OBESITY TO QUALITY
.

Berusia 37 tahun pada 2015, dengan ketinggian fizikal 169cm dan berat 90kg adalah yang tidak ideal bagi seorang lelaki pada diri aku. Sejak dari itu, aku berazam untuk mengubah nasib diri untuk mencapai berat yang ideal dan hidup berkualiti di samping seorang isteri,Nor Hafiza dan 2 orang anak yang berumur 8 & 9 tahun.
.

Pada tarikh 19/4/2015, adalah aktiviti pertama aku dalam permulaan misi menurutkan badan dan hidup berkualiti. Selepas mendapat dorongan dari isteri dan rakan-rakan, aku bertekad untuk mula berjogging di taman rekreasi KLCC ditemani oleh isteri dan anak-anak..
.

Permulaan yang agak mengecewakan, terasa sakit di lutut dan hampir-hampir membuatkan aku berputus asa. Ini mungkin kerana teknik larian aku salah dan juga ‘joint knee’ tidak kuat untuk menampung beban badan. Aku terus mencari punca dan penyelesaiannya. Mujur hasrat dan niat ku ini dibekalkan atas sokongan isteri dan rakan-rakan.
.

Isteri memainkan peranan agak penting juga dengan menggalakkan aku untuk mengambil makanan tambahan (supplements) yang selama ini tidak pernah aku ambil selain ubat doktor…hahaha!
.

Isteri sememangnya pengikut tegar produk Shaklee, dia galakkan aku mengambil Shaklee Vita-C Plus sebagai suplemen harian aku. Sejak dari itu aku menjadi pengguna tegar Shaklee Vita-C. Aktiviti larian dan proses penurunan berat badan secara penjagaan pemakanan yang betul (cut carbo-nasi) tetap diteruskan dan hasilnya berat aku menurun kepada angka 70kg dengan ukuran pinggang 32" daripada 38" pada November 2015.

Syukur Alhamdulillah.
.

Sejak dari itu, aku tidak menoleh ke belakang, aku teruskan juga aktiviti larian aku dan bohong jika aku katakan ‘joint knee’ aku nie betul-betul memberi kerjasama, kekadang tu ada juga terasa sakitnya.
.

Alhamdulillah pada Februari 2016, sepupu kepada isteri aku Azlinda memperkenalkan pula produk Shaklee Omega Guard yang sedikit sebanyak boleh membantu ‘joint knee’ aku ini untuk menjadi lebih kuat dan juga penjagaan jantung.
.

Alhamdulillah terasa perbezaannya dan pada tarikh 10 April 2016, adalah bukti pada diri aku yang aku berjaya mengharungi larian sejauh 70KM dalam masa 11jam30min.
.

Sehingga kini, Shaklee Vita-C dan Omega Guard menjadi makanan ruji harian pagi dan malam aku. Terima kasih SHAKLEE.



Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Friday, 1 July 2016

SET AJAIB NI MENGENYANGKAN DAN TAK ADA MASALAH SEMBELIT LAGI

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 3: ANA LIYANA
.


SET BERPANTANG APA YANG PALING BEST? SEMESTINYA SET BERPANTANG SHAKLEE 
.

Dari awal mengandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani dan Zara dulu, saya guna set pantang Cap Menara je.. Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je saya berupaya menelannya.. sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...
.

Sebenarnya, masa saya habis berurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi saya bagitau la, dah beli dah.. hihi...
.

Saya memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi saya dah kumpul, sebulan beli satu2...
.

Bangun pagi2 telan Zinc Complex dulu masa perut tengah kosong lagi. Sejam atau setengah jam kemudian baru saya breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebiji- sebiji... setle. Pukul 12 tengahari lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa. Alfafa masa tu tak berani lagi saya nak makan 2-3 bijik. Sebabnya, Si Baby Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2.
.

Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je. Sudahnya breast saya membengkak. Alamat kalau breast bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. Cepat2 telan panadol. Nutriferon plak belum sampai masa tu. T_T .

Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, saya makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi. Hehe...
.

Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu. Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang. Tak caya? cuba try.  Kul 7 malam cam tu la. Selang 2 jam baru saya makan Ostematrix 4 biji sebelum tido.
.

Dah habis berpantang pun. Hasilnyaaaaa.. Memang wow lah! Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.
.
.

1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Tq Zinc Complex.
.

2. Badan tak penat. Seriously, saya tak stress langsung berpantang kali ni. Stress sebab anak2 bergaduh ada. Hahahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex. 
.

3. Baby alhamdulillah, malam2 tak meragam. Lena betul dia tido. Malam-malam sekali dua je bangun untuk menyusu dan baby poopoo. Ibu saya pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2. Compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh.. letih bdn asyik bangun tgh malam. Bila badan penat, mula la rasa nak emo satu badan kan. Means, baby kenyang menyusu... saya makan vitamin dan khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum.
.

4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu masa dulu-dulu pantang Dani dan Zara, Pantang Iman hari-hari saya membuang dgn senang hati. Tq Ostematrix!
.

5. Tiada bengkak susu. Susu badan Alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la. Flow susu tu laju. TQ Lecithin n Alfafa ♡♡
.

6. 3,4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... takkan tak pantang, badan nak pakai lama kot..  Badan rasa sihat kuat dan cergas dan kulit muka tak kusam. Vit C punya penangan...
.

7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun tak percaya yg saya makan nasi sekali je sehari.. hehehe... Betul la.. so ini akan jadikkan asbab berat badan saya menurun..
.

8. Tiada keguguran rambut. En.suami pelik, hairan dia dah lama tak nampak rambut bertaburan kat dalam bilik. Hahaha… Ni Zinc complex punya kerja.
.

9. Kesan ni yang saya dapat bila saya amalkan makan Set Berpantang Shaklee tanpa prejudis. Konsisten hari-hari... best betul..


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Thursday, 30 June 2016

SEMBELIT SEMASA PANTANG MEMANG CARI NAHAS



APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 2: NAJIHAH RAZALI
.


"ANAK KITA AQEEF SORANG JE LA YANG"
.

Masih ingat lagi kata-kata suami saya bila dia tengok saya sengsara akibat sembelit yang sangat teruk semasa pantang kan anak pertama kami, Aqeef Danial 6 tahun yang lepas.
.

Tapi tu lah, orang perempuan ni, teruk macammana pun pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang, tak serik lagi nak baby lagi kan.
.

Teruk pengalaman sembelit saya. Lebih-lebih lagi suami tiada di sisi sebab saya berpantang di rumah mak kan. Bila rasa nak membuang tu datang, menangis-nangis saya menahan sakit. Gesa tu semacam gesa contraction. Nak sangat keluar tapi sakit sangat di bahagian dubur jadi saya tahan dari keluar.
.

Agak pelik juga sebab saya kena sembelit setelah 3 minggu berpantang. Saya minum air banyak dan makan oren sunkist dari awal berpantang seperti yang dicadangkan oleh nurse KK, tapi saya masih lagi kena sembelit.
.

Saya pergi ke klinik swasta dan doktor beri gel kebas dan ubat pelawas. Sapu dahulu di bahagian dubur sebelum nak membuang. Lega sikit sebab tak rasa sakit luka di bahagian tu, tapi tetap penuh penyeksaan nak mengeluarkan najis yang sudah mengeras tu.
.

Tak serik nak baby. Berpantang anak kedua saya ambil Set Postnatal Shaklee. Saya memang sudah mulakan dengan Set Prenatal semasa mengandung anak kedua ni.
.

Alhamdulilah bila tahu Ostematrix dalam Set Postnatal tu boleh membantu mengatasi masalah sembelit, malam pertama selepas bersalin tu je, terus saya makan 4 biji Ostematrix. Esok bangun pagi sangat lawas. Takde rasa seriau pun nak membuang walaupun baru je lepas bersalin.
.

Sepanjang pantang sehingga selepas pantang pun saya terus amalkan makan vitamin Shaklee. Alhamdulilah memang tiada masalah sembelit. Anak kedua dan ketiga, mereka memang Baby Shaklee saya.


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Wednesday, 22 June 2016

DULU BERGANTUNG PADA INHALER, SEKARANG TIDAK LAGI...

Asma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain, terlebih sensitif. Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut, ‘bronchoconstriction’. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asmatidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.




Perbezaan saluran pernafasan antara penghidap asma (sebelah kanan gambar) dan seseorang tanpa asma (sebelah kiri gambar).

Ada beberapa factor pencetus asma seperti:

  • Asap rokok
  • Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
  • Lipas
  • Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
  • Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba usesetengah sabun pembersih
  • Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
  • Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
  • Selsema atau lain-lain jangkitan
  • Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.

Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan. Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua factor-faktor pencetus di atas.

Apakah tanda-tanda asma?

  • “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas
  • Batuk
  • Berasa susah untuk bernafas
  • Berasa kekurangan udara
  • Dada berasa ketat
  • Berasa letih dan kekurangan tenaga
  • Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif bermain.


Bagaimana doctor mengenalpasti pesakit asma?


Diagnosa asma didapati melalui ciri-ciri dan latar belakang (‘history’) dan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan tanda-tanda yang dialami seseorang pesakit, penyakit asma boleh diklasifikasikan mengikut tahap keseriusan penyakit.

Bagaimanakah asma dirawat ?


Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan ubat pam asma.

1. Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’)


Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
Contoh: Salbutamol


2. Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma


Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.

Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.

Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. 

Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.

Contoh: Budesonide, Fluticasone.




Adakah ubat pam (inhaler) asma selamat??


Ubat asma adalah selamat, jika pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil melalui √≠nhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pengguna.

Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit risau tentang pergantungan atau ‘dependent’ pada ubatan ini. Ini adalah tidak benar dan ia tidak akan berlaku.

Ada juga ibubapa yang risau pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil untuk jangkamasa yang panjang namun ini juga tidak benar.

Asma dan pergantungan kepada ubat seumur hidup?


Kebanyakan keadaan asma semakin baik dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.

Mengapa perlu rawat asma sekiranya asma dengan semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat?


Walaupun kita mengetahui yang asma secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal.

 Ini adalah kerana asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa. Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak turut terbantut.


Bagaimana Vitamin Shaklee dapat Membantu Pesakit Asthma/ lelah untuk Lebih Baik Tanpa Bergantung Sepenuhnya Pada Ubat dan Inhaler


1. Omega Guard





Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.





2. Vitamin C



  • Peningkatan Sistem Imun 
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun Mempertingkatkan alergi hidung dan kulit , asthma.
  • Menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.


3. Nutriferon




Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 

Bagaimana interferon membantu?


 Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Testimonial asma/lelah 1






Testimonial asma/lelah 2




Testimonial asma/lelah 3





Testimonial asma/lelah 4




Pesakit asthma tegar selama 15 tahun kini sudah makin jarang diserang asthma





Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.
.
Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.
.
Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.
.
Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin terul dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.
.
Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten denganVivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.
.
Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.
.
Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.
.
Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.
.
Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee.


Bagaimana VIVIX Membantu Melegakan Asthma/Lelah


Kajian yang menunjukkan resveratrol di dalam vivix membantu pesakit asthma





Mahukah anda melihat anak, pasangan anda bergantung pada ubat, inhaler selamanya?

Mari kita berusaha untuk melegakan asthma supaya mereka dapat melakukan aktiviti seperti biasa tanpa gangguan

Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Google+ Followers

Cuci Mata