Showing posts with label BCOMPLEX. Show all posts
Showing posts with label BCOMPLEX. Show all posts

Monday, 4 July 2016

TAK ADA LAGI SEMUT-SEMUT KAKI DAN SEMBELIT

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 6: SITI ROZITA OTHMAN
.



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya sangat berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya berpantang dan hamil dengan Vitamin Shaklee. Nama saya Siti Rozita Binti Othman, seorang surirumah sepenuh masa, mempunyai 5 orang cahayamata dan mula mengenal Shaklee ketika berpantang puteri saya yang no 3 , pada March 2011. Alhamdulillah, sudah 5 tahun saya makan Vitamin Shaklee.
.
Sejak saya disahkan hamil, saya sudah berniat untuk menyusukan bayi saya kerana kedua kakaknya tidak dapat menyusu ibu sepenuhnya, Alhamdulillah sejak makan Vitamin Shaklee saya boleh menyusukan Damia lebih lama dan badan tidak mudah penat dan juga cepat bertenaga.
.
Vitamin yang saya makan adalah susu soya ESP, Vitamin C, Vitalea, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Dan antara yang paling saya suka adalah Ostematrix kerana dahulu saya mempunyai masalah kaki selalu krem dan tangan semut-semut sudah beransur baik dan juga masalah sembelit ketika dalam pantang, tiada lagi.
.
Saya terus mengamalkan Vitamin Shaklee ketika hamilkan anak ke 4 dan yang ke 5. Sewaktu kehamilan masalah saya, akan ada darah tinggi dan rahim tak berapa kuat. Jadi bayi saya akan lahir awal. Kerana faktor ini juga saya harus berjaga-jaga sejak kandungan usia 6 bulan.
.
Vitamin E saya akan makan selang sehari untuk kuatkan rahim selain Set Hamil Shaklee yang saya makan iaitu ESP, Vitalea, Vitamin C , B Complex, Ostematrix, Zinc dan Omega.
.
Syukur alhamdulillah, anak ke 4 (Damia Husna 3 tahun) dan ke 5 (Damia Huzaifah 1 tahun) capai 32 minggu. Doktor dan nurse puji uri saya sihat dan cantik, katanya kenyang anak saya dalam perut.
.
Saya bersyukur sangat dapat mengenal Vitamin Shaklee dalam tempoh saya berpantang , juga kehamilan untuk 3 anak saya ini. untuk Kaklong Aliah Maisarah dan Kakngah Aliah Yusairah juga sudah mula makan vitamin untuk pelajar dan anak remaja, seperti ESP, Lecithin, B Complex, Omega dan Vitamin C.
.
Seronok bila seisi keluarga sudah makan Vitamin Shaklee. ke arah kehidupan yang lebih sihat.
.
Sekian perkongsian saya.
Terima kasih 

Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Sunday, 3 July 2016

PARUT HIDUP (KELOID) CEASER HILANG SECARA SEMULAJADI

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 5: ZAINORA YAHAYA



PARUT HIDUP (KELOID) CEASER HILANG SECARA SEMULAJADI SEJAK AMALKAN SET KULIT SHAKLEE'

.

Keloid?

Siapa pernah alami? Saya pernah mengalami keloid kronik di bahagian ceaser selepas lahir anak pertama.

.

Masalah keloid tidak semua orang akan alami jika mengalami luka sehingga menyebabkan parut atau keloid yang boleh meninggal parut yg semakin besar dari hari ke hari. Antara punca berlakunya keloid ini adalah disebabkan oleh faktor pemakanan, hormon dan genetik seseorang itu.

.

Saya pernah alami keloid yang hodoh & menyeksakan. Ia bukan sekadar keloid biasa, ia merupakan parut yang hidup di bahagian ceaser selepas lahirkan anak pertama saya. Semasa anak pertama saya masih tidak kenal Shaklee ini, memang saya tak terfikir supplement boleh bantu mencegah keloid daripada terus membesar.

.

Masalah keloid ini terjadi apabila sel yang bertanggungjawab untuk menyembuh luka mengalami proses penyembuhan yang tidak teratur, turut membesarkan dan menggandakan sel untuk mengisi ruang antara luka sehingga menjadi lebih besar daripada parut itu sendiri.

.

Untuk lebih mudah difahami, keloid terjadi kerana sel badan tidak mengesan yang luka itu telah sembuh, jadi ia terus membaiki kawasan luka tersebut sehingga menyebabkan parut menjadi semakin besar (keloid).

.

Selepas ceaser anak pertama keloid membesar memang tak selesa sangat, ia rasa gatal bila berpeluh, gatalnya Allah je lah tau.. memang tak selesa & pedih bila bergesel dengan seluar, lagi-lagi seluar berzip.

.

Pernah jumpa dokter untuk rawat keloid ini. Dokter suggest ambil suntikan steriod bagi mengecutkan keloid, seramnya bila dokter cakap suntikan steriod tu kena cucuk di sekeliling keloid & perlu cucuk seminggu sekali.

.

Allahukabar seram, memang tak jadi lah saya nk buat. So saya biarkan saja keloid tu & redha dengan ketidakselesaan keloid itu.

.

Alhamdulillah saya lahir anak kedua dokter buang parut keloid yg besar tu. Ketika itu saya bimbang kalau keloid kembali lagi. Sejak lahir anak kedua saya ambil SET KULIT Shaklee antaranya ialah Vitamin C, B Complex, GLA Complex & ESP, syukur masalah keloid tiada lagi sehingga lah saya lahir anak ke-3, keloid tiada lagi tubuh di bahagian ceaser saya. Sekarang saya gembira sangat.

.

Saya sedar ketidakstabilan sel-sel hormon dalam badan kita boleh menyebabkan proses penyembuhan pada bahagian luka tidak sempurna. Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengempiskan keloid dan mencerahkan kulit lagi-lagi bahagian keloid.

.

Kesimpulannya jika anda mengalami keloid kronik seperti saya, jangan biarkan ketidakselesaan menganggu aktiviti harian anda. Setiap masalah ada penyelesaian, begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, antara kita saja mahu merawatnya dengan konsisten atau biarkan sahaja.



Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Monday, 27 June 2016

RESDUNG MEMBAWA MAUT, PERLU DIRAWAT SEGERA

Korang pernah tak pagi pagi bersin tak berhenti henti. Hidung berair je. Bila salah makan belacan ke adoi dia punya gatal la hidung. Sampai mata berair air. 

Itu salah satu tanda tanda kita ada resdung.




APA ITU RESDUNG?






Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 


RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya.Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!


Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.


Diantara tanda-tanda resdung ialah 


  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
  • Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan). 

Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. 


Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


Rawatan Resdung


Para doktor merawat penyakit ini dari sudut yang berbeza pula. Pendekatan yang selalu diambil ialah mengesyorkan 'pembedahan sinustis'. Pembedahan ini menggunakan suatu alat 'laser' atau 'pemotong halus' yang berupa pisau kecil tajam yang berupaya memotong lendir-lendir yang melekat pada daging. Lendir-lendir ini tidak lagi boleh dikeluarkan dengan sekadar hembusan. Ia melekat bagaikan sebahagian dari daging. 

So, lagi banyak anda faham, lagi jelas jadinya mengenai persediaan anda memerangi serta menghapuskannya. Resdung adalah suatu penyakit dan kita harus menghalangnya dari merebak lalu mengakibatkan kerosakan yang lebih besar. 



Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.


Jom baca kisah wanita yang menderita resdung sehingga muka kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat




Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua .
.
Sharing dari hati ....
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi




Set Resdung Shaklee Yang Membantu Penyakit Resdung


Alfalfa Complex



  1. Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  2. Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  3. Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.


B Complex

  1. Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  2. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  3. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C

  1. Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  2. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  3. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. 

Tahukah anda !!penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Sunday, 26 June 2016

PENING KEPALA PETANDA AWAL VERTIGO

Vertigo ialah situasi dimana seseorang akan merasa pening seperti kepala atau sekeliling berputaryang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam.

Pernah tidak anda merasakan anda sedang bergerak atau berpusing-pusing atau merasakan bilik yang bergerak sedangkan anda sedang berdiri atau sedang terbaring?

Tahukah anda vertigo boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga dan otak? Dan ada diantaranya tidak serius, manakala ada yang boleh mengancam nyawa.





Apa simptom vertigo?

  • Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
  • Anda merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.
  • Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
  • Anda merasakan penglihatan bertindih
  • Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh 
  • Anda merasakan pergerakan jantung yang cepat.
  • Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.Jangan tunggu lagi, segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar iaitu Pakar Telinga, hidung dan tekak (ENT).


Apa penyebab berlaku vertigo?

  • Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium(otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.
  • Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.
  • BPPV disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.
  • Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).
  • Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.
  • Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.
  • malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

Apa punca berlaku vertigo?


  1. Kecederaan kepala akibat dari kemalangan,trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala yang boleh menjejaskan sistem vestibular.
  2. Kesan dari ubat-ubatan, namun ianya jarang-jarang berlaku.
  3. Migrain dimana ianya dipanggil migrain vestibular.
  4. Strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis.


Siapa berisiko mengalami vertigo?

  1. sudah berumur
  2. pernah diserang strok
  3. mempunyai faktor untuk strok (tekanan darah, kencing manis, merokok)
  4. Tahukah anda bahawa punca keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasan didalam badan memainkan peranan..Namun apabila sistem saraf tidak sihat, adalah penting mencari 'makanan' nutrisi yang boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki sistem saraf tersebut.


Punca sebenar masalah vertigo ialah keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasnya, sertamasalah penuaan yang disebabkan oleh stres oksidatif, jadi nutrien yang paling penting adalah nutrien yang membantu mengekalkan sistem saraf dan mengurangkan kerosakan akibat stres oksidatif.



Antara yang vitamin yang penting ialah:
  • Vitamin B-Complex - bagi mengekalkan sistem saraf yang sihat (B-Complex)
  • Vitamin C dan Vitamin E - antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan akibatstress oksidatif (SR Vita-C Plus dan Vita-E Complex)
  • Kolina - membantu meningkatkan kesihatan sistem saraf dan menghalang arteri daripada mengeras (Lecithin)
  • Qo-enzim Q10 - membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak (CoQHealth Plus)


Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk Mereka Yang ada Masalah Vertigo



  1. Vivix : Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel, melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, Vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi, mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi

  2. Performance Drink : membekalkan tenaga segera

  3. B-Complex : B6 yang terkandung didalam B Complex penting untuk membantu dan mengeluarkan antibodi baik. Ianya juga membantu pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan Glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati dan memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti stress.'

  4. SR Vita-C Plus : bertindak sebagai anti-histamin. Menentang infeksi bakteria serta radikal bebas. Meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ianya juga merupakan anti oksidan yang kuat.

  5. Lecithin : Amat diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolina untuk mempertingkatkan daya ingatan,meringankan stres dan menyihatkan sistem saraf.

  6. Vita-Lea : multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapi kekurangan nutrisi.

  7. CoQHealth Plus : membekalkan ko-enzim Q10 yang membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak

Testimonial Mereka Yang Mengalami Masalah Vertigo 










Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Thursday, 23 June 2016

BERPANTANG MENJADI MUDAH, CERGAS DAN SUSU MELIMPAH RUAH

KENALI ROZIANA

==============





Wanita tinggi lampai ini nampak misteri orangnya. Tapi jujur diakui beliau seorang yang aktif, pandai menonjolkan diri selari dengan hobi beliau iaitu bercucuk tanam. Ibu kepada 3 orang anak ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan mula bergiat aktif melakukan bisnes Shaklee pada tahun 2015.
.
.
Memilih Set Berpantang Shaklee yang mengandungi ESP, B-Complex, Vitalea, Alfalfa, Zinc, Vitamin C dan Ostematrix sejak melahirkan anak yang pertama lagi. Sangat sayang pada set ini kerana mampu boostkan susu menjadikan anak-anak beliau membesar sihat dan cergas. Malah set ini kata beliau, mampu menyembuhkan jaundis yang dialami pada anaknya.
.
.
Ibu mana tak sayang anak kan? 
.
.
Disamping itu, kesan hebat dari Set Berpantang Shaklee yang dialami beliau ialah ia mengembalikan seri wajah saya yang katanya sebelum ini muka pucat lesi dan tak bermaya. 
.
.
Merungkai definasi SUPERMOM pada dirinya, beliau menyatakan setiap ibu adalah SUPERMOM. Walau ibu itu bekerja atau suri rumah jika ibu itu telah melakukan tanggungjawab yang terbaik sebagai seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya dengan kuat, tabah, berdaya saing tinggi dan tak mudah putus asa, itulah IBU SUPERMOM. Pastinya ibu itu akan menempa kejayaan suatu hari nanti.
.
.
"Go Over, Go Under, Go Around or Go Through, But Never Give Up"

Semoga Roziana terus maju dan menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana!
.
.
Nak dengar sendiri kisah Supermom ini, bolehlah tonton video beliau di sini :

>> https://goo.gl/aT9UV4



Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju



Wednesday, 22 June 2016

LUKA CEPAT SEMBUH DAN SUSU IIBU MELIMPAH RUAH, APE RAHSIA NYE?

KENALI ANA LYANA

=================




Wanita yang lebih mesra dikenali sebagai Ana ini sungguh lembut orangnya. Selalu mengeratkan ukhwah dengan menyertai pelbagai aktiviti bersama group Supermom. Ibu kepada 3 orang anak ini suka mengisi masa lapangnya dengan memasak dan melayari internet.
.
.
Jatuh cinta pandang pertama dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pilihan No 1 rakyat Malaysia, kerana dikatakan amat serasi dengan beliau. Keberkesanannya terserlah apabila luka bersalin cepat sembuh, badan lebih bertenaga dan segar dan susu ibu juga cukup untuk anak beliau dan kadang kala berlebihan.
.
.
Mendefinasikan SUPERMOM sebagai seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga tercinta tanpa rasa penat dan lelah. Itulah ibu SUPERMOM bagi beliau.
.
.
Dengan tagline "I BELIEVE & AND I CAN DO IT!" membuatkan beliau terus teguh untuk menguruskan bisnes, anak-anak dan kerjayanya di sektor kerajaan.
.
.
Semoga Ana Lyana terus maju dan menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana!
.
.
Nak dengar sendiri kisah Supermom ini, bolehlah tonton video beliau di sini :

>> https://goo.gl/Pedd8B


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Tuesday, 21 June 2016

BELLS PALSY ATAU STROK, BOLEH DIRAWAT




Apa itu Bell’s palsy?


Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy

Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba- tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.


Punca terjadinya Bell Palsy

Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,”
beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan petanda Bell Palsy 

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan

  • mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup
  • senyuman dan pergerakan bibir terganggu
  • lidah mengeras
  • kening juga seperti berkerut dan terangkat
  • air liur meleleh 
  • hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas

Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus)



Tahukah anda Anggur Muscadine Merupakan Rawatan baru Bagi Bell Palsy?




Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, jus anggur boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu. Menurut tahlban lagi anggur muda atau anggur segar, kedua dua memiliki manfaat dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir keluar (pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.

Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bahkan meminum segelas anggur sebelum tidur juga membantu untuk tidur nyenyak tanpa insomnia. Jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang).

 “Dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.” (Surah Al-Nahl ayat 67).

Sungguh hebat ciptaan Allah malah jus anggur merah juga mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Para penyelidik juga telah mendapati khasiat anggur merah dalam mengurangi risiko serangan penyakit jantung, Alzheimer, serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidikan, penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan sel kanser jika diambil segelas jus anggur merah setiap hari.

1. Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom(anggur biasa 19 kromosom), dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

2. Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

3. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

4. Banyak fitonutrien(phytonutrients ) hadir dalam anggur muscadine telah diiktiraf sebagai antioksida dan agen anti-radang yang paling berkuasa terutama pada kulit dan biji.

5. Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, dan mempunyai jumlah kalium, serat dan vitamin C yang sihat (sumber). Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oats.

6. Anggur muscadine mempunyai kulit yang tebal. Kulit yang tebal ini memberikan anggur muscadine ketahanan semula jadi untuk penyakit, kulat dan serangga, dan di mana banyak kuasa antioksida anggur muscadine disimpan.

7. Anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang lebih banyak daripada anggur yang lain. Berdasarkan ukuran standard ORAC, anggur muscadine telah diukur setinggi 6,800 per 100 gram, berbanding 739 untuk anggur merah . Kulit anggur muscadine sahaja mempunyai kira-kira 6-8 kali ganda kapasiti antioksidan berbanding keseluruhan blueberry.

Vitamin Shaklee yang Membantu Pesakit Bell Palsy



1. Vitamin B



 
B-12 and Bell's Palsy
Vitamin B-12 is one of the eight B-vitamins. The body uses the vitamin to convert food into energy. It also helps to support healthy nerve function, red blood cell formation and works in tandem with folate -- vitamin B-9 -- to regulate mood and emotions. Vitamin B-12 injections are an alternative treatment method for Bell's palsy. In a 1995 study, published in "Methods and Findings in Experimental and Clinical Pharmacology", vitamin B12 -- also called methylcobalamin -- injections administered three times per week limited the condition to two weeks, opposed to nine weeks with prednisone alone. The injection is administered directly into the area of the facial nerve. The vitamin helps the nerve and surrounding muscle tissue produce energy and reduce inflammation.


Vitamin B ni merupakan vitamin yang penting untuk sistem saraf berfungsi dengan lebih baik. vitamin B yang penting untuk Bells Palsy adalah:

  1. B1 – meningkatkan perjalanan darah (Bila ada Bells Palsy perjalanan darah berkurangan dalam otot2 yang tidak aktif) dan boleh mengelakkan daripada kematian otot dan sel2.
  2. B6 – membantu menghasilkan asid amino yang diperlukan dalam pembentukkan sel2 baru.
  3. B12 – bila diambil as sebahagian daripada vitamin B-complex, it boleh membantu mengurangkan keradangan saraf yang injured dan menguatkan sistem immune. Methylcobalamin adalah a form of B12 yang bukan merupakan komponen untuk Basic B-complex vitamins, dan ianya sangat penting untuk pertumbuhan dan maintenance untuk saraf2 yang rosak.
  4. B Complex juga sangat2 baik untuk reduce stress.


2. Vivix



Menurut http://www.resveratrol.net/

 Nerve damage (neuropathy) caused by diabetes is due to oxidative stress and pro-inflammatory conditions related to excess blood glucose. Resveratrol’s powerful antioxidant and anti-inflammatory properties have been shown to help relieve the pain associated with neuropathy, and may even be able to reverse some of the nerve damage.
Vivix mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi. Vivix juga mengandungi Ellagic Acid iaitu sejenis bahan antikanser dan antiradang.


Polifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Disebabkan itu, peranan Vivix untuk mengurangkan AGE agar dapat merawat masalah saraf kepada pesakit Bell Palsy.

kesan positif yang dialami oleh pesakit Bell's Palsy yang mengamalkan Vivix:
  1. meningkatkan sistem imuniti ke tahap optimum dan membunuh virus dan bakteria punca penyakit
  2. memulihkan saraf-saraf muka yang telah rosak
  3. mengembalikan kawalan pada otot muka yang herot
  4. memperbaiki kerosakan struktur muka yang terjejas
  5. meningkatkan kesihatan mata
  6. mata, mulut dan hidung kembali ke bentuk asal
  7. kesihatan jantung bertambah baik
  8. semakin bertenaga dan kesihatan bertambah baik
  9. mengawal komplikasi bagi pesakit yang ada diabetis
  10. meningkatkan kesihatan dan fungsi hati
  11. memperbaiki tubuh dari kerosakan akibat steroid


Ikuti Pengalaman Pesakit Bell Palsy yang Akhirnya berjaya Pulih sepenuhnya 










Oleh itu, jika anda mahu Bell's Palsy dirawat dengan berkesan dan pantas, Vivix adalah pilihan yang terbaik. Usah tunggu sampai terkena komplikasi mata rabun dan buta.


Cara Nak Order Shaklee

Cara 1 - Anda boleh terus klik ke link diatas dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Penghantaran ambil masa 2-3 hari 

Cara 2 - Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Shazana Shaklee Independent Distributor (ID 1123652)
Email : shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445

COD Area: Gombak, Taman Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

Google+ Followers

Cuci Mata