Friday, 19 May 2017

PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KETIGA DENGAN SHAKLEE


Rasa ‘Batu Meroyan’ Dah Mengecut,Wanita Ini Cerita Pengalaman Heaven Berpantang Anak Ketiga..

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX). TESTIMONI 19: NOR SHAHIZAN RAHIMI . [PENGALAMAN TERINDAH BERPANTANG BERSAMA VIVIX SHAKLEE].
pengalaman heaven berpantang dengan vivix shaklee batu meroyan mengecut
Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik. Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.
Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.
Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.
Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.
Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.
Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.
Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.
Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.
Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.
Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.
Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber’Shaklee’. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.
Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).
Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.
VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.
Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

CARA NAK ORDER SHAKLEE

CARA 1 - ANDA BOLEH TERUS KLIK KE LINK DIATAS DAN MEMBELI TERUS DENGAN SHAKLEE. PENGHANTARAN MENGGUNAKAN GDEX ATAU CITYLINK DAN AKAN DIHANTAR TERUS KE ALAMAT YANG ANDA BERIKAN. PENGHANTARAN AMBIL MASA 2-3 HARI 

CARA 2 - ANDA BOLEH TERUS KLIK KE LINK DIATAS UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI TENTANG SET MANA YANG PALING TEPAT UNTUK ANDA, TIPS DAN CARA PENGAMBILAN YANG BETUL APABILA MEMBUAT PEMBELIAN DARIPADA SAYA.


Shazana (1123652)
Email: shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD area : Gombak, Tmn Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa Maju

IBU TEKAD RAWAT ANAK, KINI BEBAS ASMA



Batuk Berterusan Petanda Masalah Asma, Mak Budak Ini Tekad Buat Sesuatu Di Luar Jangkaan…

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX) .TESTIMONI 20: AZLINDA BT. ISMAIL . [ANAK BEBAS ASMA SELEPAS 2 BULAN AMALKAN VIVIX]
Hai Assalamualaikum W.B.T.. Nama saya Azlinda. Saya ingin berkongsi kisah anak saya, Muhammad Haqeem Al-Raziq yang diserang asma ‘silent chest’.

Pada Januari 2016, Haqeem mengalami batuk tak berhenti dan kesukaran bernafas. Apabila dibawa ke wad kecemasan, pihak hospital tidak dapat memberikan rawatan segera kerana tiada simptom asma atau semput. Setelah 3 kali berulang ke hospital dalam hari yang sama, saya nekad membawa Haqeem ke hospital yang lain.
Setibanya di sana, doktor mendapati bacaan oksigen telah berkurang dan mungkin berdepan dengan kerosakan otak sekiranya lewat menerima rawatan. Doktor memberikan rawatan segera kepada Haqeem dan dimasukkan ke wad pagi itu. Keadaan Haqeem tidak begitu memuaskan, oleh itu doktor memutuskan untuk menempatkan Haqeem di Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pemantau lanjut.
Doktor mengesahkan Haqeem mengalami “silent chest”. Silent chest merupakan salah satu penyakit asma yang jarang berlaku namun menjadi teruk apabila ianya menyerang seseorang individu. Doktor mengesan dengan menggunakan stestoskop dan mendapati tiada bunyi udara yang memasuki paru-paru.
Antara simptom yang dihadapi Haqeem ialah batuk berterusan, tiada “wheezing” dan kesukaran bernafas. Selain itu kadar pernafasan Haqeem juga agak laju melebihi 60 per minit (boleh dipantau sendiri di rumah). Simptom-simptom ini sebenarnya telah berlaku sekitar tahun 2015 lagi.
Saya kerap kali membawa Haqeem ke klinik dan hospital untuk sekiranya Haqeem diserang penyakit tersebut. Saya juga mengawal pemakanan Haqeem seperti mengelakkan makanan-makanan sejuk dan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Haqeem jarang menghidap batuk, tetapi akan menjadi sangat teruk apabila ia menyerangnya. Oleh itu, kawalan yang dapat dibuat hanyalah dengan memberikan bantuan pernafasan dan ubat nebulizer.
Sebelum ini, Haqeem memang makan Set Kesihatan kanak-Kanak yang terdiri dari Vitalea for children, OmegaGuard, Vita-C Chewable dan Mealshake. Setelah melihat banyak kesan perubahan positif terhadap pelanggan dan rakan-rakan yang mengalami masalah pernafasan dan mengambil Vivix sebagai suplemen tambahan, saya nekad untuk memberikan alternatif lain kepada Haqeem dan disitulah bermulanya episod Haqeem dan Vivix.
Saya berniat untuk memberikan Haqeem Vivix setelah berbincang dengan pakar nutrisi dan juga pakar kanak-kanak. Saya membawa bersama rujukan dan informasi Vivix kepada doktor pakar, dan berbincang sama ada boleh atau tidak saya berikan Vivix kepada Haqeem. Setelah doktor pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Indah meneliti kandungan Vivix, beliau tidak menegah pengambilan Vivix malahan menggalakkan Haqeem makan makanan yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
Saya beri sesudu kecil kepada Haqeem, 3 kali seminggu. Rasanya masam-masam manis tanpa gula tambahan, dan Haqeem memang sukakan rasanya. Antara kegemaran Haqeem ialah OmegaGuard. Kalau tak dihalang, boleh habis sebotol dimakan begitu sahaja. Kata doktor, OmegaGuard ni pun sangat bagus untuk kesihatan paru-paru Haqeem. Apa salahnya saya berhabis duit dengan makanan untuk kesihatan daripada berikan makanan yang bukan-bukan kepada anak-anak saya.
Selepas discaj daripada hospital, doktor memberikan tarikh rawatan susulan untuk menentukan samada Haqeem benar-benar mengalami masalah asma atau tidak. Sekiranya ya, Haqeem mungkin terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan asma sehingga dewasa kelak. Seminggu pertama selepas discaj, Haqeem mula ambil Vivix. Dah tiada lagi bunyi batuk dan kadar pernafasan Haqeem pada lebih kurang 30 per minit. Bacaan oksigen pun cantik je, 99-100% walaupun lepas berlari.
2 minggu selepas discaj, rawatan susulan pertama untuk Haqeem. Doktor kata setakat ini progress Haqeem nampaknya elok. Namun pemantauan masih perlu dibuat 2 minggu seterusnya. Rawatan susulan kedua, doktor senyum lebar tengok Haqeem. Kami diberi rawatan susulan terakhir, sebulan akan datang.
Ahamdulillah Haqeem beri respon yang baik dengan Vivix. Tak ada kesan pemulihan yang teruk pada Haqeem cuma selera makannya semakin bertambah dan pembuangan. Setelah 2 bulan konsisten dengan Vivix dan megadose OmegaGuard, Alhamdulillah saya dah tak gusar nak berjumpa doktor pada rawatan susulan nanti.
Memandangkan Haqeem hanya ambil sekali sekala, sebotol pun tak habis selama 2 bulan Haqeem konsisten minum Vivix. Rawatan susulan ketiga, dan yang terakhir selepas 2 bulan Haqeem discaj, Alhamdulillah doktor sahkan Haqeem bebas dari asma. Bermakna, Haqeem tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan boleh aktif seperti biasa.
Ibubapa yang sayangkan anak, jangan susah hati berbelanja untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak hanya pinjaman Allah swt, dan kita diamanahkan menjaga mereka sebaik-baiknya. Jangan risau nak berikan suplemen, namun belilah suplemen yang betul untuk mereka.
Alhamdulillah, saya dah tak lagi gusar nak memikirkan keadaan kesihatan Haqeem dan anak-anak yang lain. Kerana saya tahu perlindungan kesihatan yang saya telah berikan ini.Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan suplemen yang terbaik ini. Terima kasih Shaklee!

CARA NAK ORDER SHAKLEE

CARA 1 - ANDA BOLEH TERUS KLIK KE LINK DIATAS DAN MEMBELI TERUS DENGAN SHAKLEE. PENGHANTARAN MENGGUNAKAN GDEX ATAU CITYLINK DAN AKAN DIHANTAR TERUS KE ALAMAT YANG ANDA BERIKAN. PENGHANTARAN AMBIL MASA 2-3 HARI 

CARA 2 - ANDA BOLEH TERUS KLIK KE LINK DIATAS UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI TENTANG SET MANA YANG PALING TEPAT UNTUK ANDA, TIPS DAN CARA PENGAMBILAN YANG BETUL APABILA MEMBUAT PEMBELIAN DARIPADA SAYA.


Shazana (1123652)
Email: shazanamhdsobri@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-5241445
COD area : Gombak, Tmn Melati, The ICON, AU, Setiawangsa, Wangsa MajuC

Google+ Followers

Cuci Mata